Sunday, February 7, 2010

Buat tatapan diri..


"Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar hamba-Nya,

Banyak yang perlu dikorbankan,banyak lagi yang perlu dilepaskan,

Selagi langkah tersadung,rebah menyembah,

Kala itu melangkahlah gagah,

Tatkala itu perlunya

PENGORBANAN , KEIKHLASAN , dan KESABARAN,

Sesekali airmata menemani,

Namun selagi prinsip hidup di atas landasan yang benar,

Usah digusar atas anugerah Tuhan,

Anggaplah bila sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan

mengajarkan kita bangun untuk menjadi manusia yang lebih baik..."

Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan setakat ketawa..

dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu betapa mahalnya airmata...

Bersyukurlah kepada orang yang menyakitimu kerana dia yang memberi ketabahan kepadamu..

bersyukurlah kepada orang yang tak mengendahkanmu kerana dialah yang memupuk kamu berdikari..

bersyukurlah kepada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah yang memperhebatkan kemampuanmu...

bersyukurlah kepada orang yang menyeksa kamu kerana dialah yang menguji kesabaran dan ketabahan kamu...

No comments:

Post a Comment

Search This Blog