Friday, February 19, 2010
awas!!
Monday, February 15, 2010
holidayyy...
Aku termenung sendirian di ruang bilikku.Fuhh,letihnya..aku mendengus perlahan.kotak fikiranku masih memikirkan perkara yang telah berlaku sepanjang empat hari.Ku kira ini satu percutian yang sungguh bermakna.
"Allah merancang segala-galanya,"ujar sahabatku,Shatirah,sewaktu dalam perjalanan menuju ke rumah Sarah."Hmm..betul,betul,betul.
"Mirah,saya nak pergi rumah Sarah esok.Nak study dengan diorang.Awak nak ikut tak?"soal Shatirah."Nak..nak..,"aku separuh menjerit.Terlebih gembira.Bukannya apa,aku terlalu rindukan sahabat-sahabat smaskl.Walaupun aku tak dapat berkumpul dengan semuanya,sekurang-kurangnya bolehlah dijadikan pengubat rindu.
my friends...
ktorang wat study group bersama-sama..
study lah teman,supaya ilmu boleh jadi peneman buat teman,walaupun teman tiada di sisi teman...
Wednesday, February 10, 2010
UP 1??
Apa tu?
hmm..tuk makluman korang sume,itulah peperiksaan yang bakal diri ini hadapi 18 hari nanti..
Gementar juga hati ini.Inilah cabaran pertama sebelum nak hadapi SPM.Para guru di Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A'ishah Putri dah siap buat analisa senarai nama pelajar-pelajar tingkatan 5 Aishah yang perlu capai target A+...maknanya setiap pelajar kena la bersiap sedia nak tempuhi exam nanti...OK..For all form 5,
Chayook!!
YA ALLAH!PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU....
Sunday, February 7, 2010
Buat tatapan diri..
"Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar hamba-Nya,Banyak yang perlu dikorbankan,banyak lagi yang perlu dilepaskan,
Selagi langkah tersadung,rebah menyembah,
Kala itu melangkahlah gagah,
Tatkala itu perlunya
PENGORBANAN , KEIKHLASAN , dan KESABARAN,
Sesekali airmata menemani,
Namun selagi prinsip hidup di atas landasan yang benar,
Usah digusar atas anugerah Tuhan,
Anggaplah bila sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan
mengajarkan kita bangun untuk menjadi manusia yang lebih baik..."
Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan setakat ketawa..
dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu betapa mahalnya airmata...
Bersyukurlah kepada orang yang menyakitimu kerana dia yang memberi ketabahan kepadamu..
bersyukurlah kepada orang yang tak mengendahkanmu kerana dialah yang memupuk kamu berdikari..
bersyukurlah kepada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah yang memperhebatkan kemampuanmu...
bersyukurlah kepada orang yang menyeksa kamu kerana dialah yang menguji kesabaran dan ketabahan kamu...